Pages

Friday, April 20, 2012

SPR: Anggaplah parti politik pelanggan anda

KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikecam kerana tidak lagi menganggap parti-parti politik adalah pelanggan mereka. Bahkan yang menyedihkan ada ahli SPR yang terus menerus memanggil kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai kerajaan pembangkang.


Perkara ini dinyatakan oleh anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika berucap di Dewan Rakyat semalam.


"Saya masih ingat suatu ketika dulu bagaimana SPR mengistilahkan parti-parti politik ini sebagai pelanggan mereka. Ketika itu kami selalu di ajak berbincang dengan SPR tentang apa-apa yang hendak dibuat oleh SPR," kata beliau.


Pada ketika itu, katanya, tidak ada lagi istilah kerajaan pembangkang yang digunakan.
"Saya cukup kecewa...kerana SPR sepatutnya menganggap parti-parti politik ini sebagai pelanggan mereka.
"Saya masih ingat lagi bagaimana kami dari PAS Kelantan dan Terengganu turun untuk berbincang dengan SPR tentang sesuatu peraturan yang hendak digunapakai dalam pilihan raya umum.



"Tetapi sekarang ini nampak semacam ada satu cara yang tidak mahu mendekatkan diri dengan parti-parti politik seolah-olah alergik dengan parti-parti politik," katanya.


Beliau sangat bimbang dengan apa yang berlaku kerana tindakan ini akan menyebabkan berlaku gap antara SPR dan pelanggan mereka.



Ia juga akan menyebabkan SPR tidak lagi menjadi pengadil yang baik dalam pilihan raya ini.



"Saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan kerajaan pembangkang. Ini istilah yang digunakan oleh ahli SPR," tegur Wan Rahim (gambar).



Ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar), yang tidak berpuashati dengan SPR berkenaan barung panas semasa hari pilihan raya.



"Saya cukup sedih dengan kenyataan yang dibuat oleh SPR yang berkata mereka cukup kesal kerana parti pembangkang yang melanggar arahan agar tidak ditubuhkan barung-barung semasa pilihan raya.



"Tetapi apabila saya pergi hari itu ke Rasah, dekat Kuala Kubu Baru, pihak BN yang menubuhkan barung itu.


"Apakah pihak SPR tidak nampak, buta mata, tidak boleh tengok di tepi jalan ini. Inilah masalahnya suasana non lavel playing field yang ada di sini.


"Sudah 55 tahun kita merdeka tetapi bagaiamana pun kita masih tetap berdoa agar perubahan boleh berlaku," kata Wan Rahim salah seorang pakar dalam jentera pilihan raya PAS.


Sumber: Harakahdaily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...