Pages

Friday, July 15, 2011

ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM

Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja, dan bukan hak orang Melayu sahaja. 

Apabila saya membaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  ADUN, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam, ianya menyerlahkan 
sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa menjadi satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

Senario dunia sekarang amat berbeza apabila ramai orang bukan Islam yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka. Jika sekiranya perkara tersebut tidak dibolehkan, mengapa pula
 para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

Menjadi haram atau perlu dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam sendiri memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis. Tetapi jika mereka menggunakannya 
untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercayaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya.

Sebarang usaha untuk menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam. 
Kerana itu, Umno tidak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini.

Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam, InsyaAllah.


Sumber: Blog Us Tuan Ibrahim

Wednesday, July 6, 2011

Televisyen Guna Bateri

Televisi Menggunakan Baterai

Penggunaan baterei tampaknya kini bukan lagi di dominasi oleh perangkat mobile yang biasanya berukuran kecil, namun berkat sedikit inovasi dan terobosan baru dalam bidang teknologi yang canggih, Toshiba baru-baru ini telah berhasil mengembangkan perangkat televisi terbaru pada jajaran produk REGZA-nya. Selain TV Toshiba ini dapat dinyalakan dengan menggunakan listrik AC biasa, TV ini juga dapat dinyalakan menggunakan baterei yang ada.
Pendatang baru pada jajaran produk TV Toshiba REGZA ini dikenal sebagai REGZA 19P2 dan memiliki ukuran layar 19 inci, ditambah backlighting LED. Resolusi aslinya pun adalah 1.366 x 768 pixel.
Dengan menggunakan dukungan baterei yang ada, ternyata TV Toshiba terbaru ini mampu beroperasi hingga lima jam lamanya secara independen tanpa keberadaan jaringan listrik sekalipun.
Bagi Anda yang sering mengalami pemadaman listrik secara mendadak, kehadiran televisi inovasi terbaru dari Toshiba ini kiranya dapat membantu Anda untuk tetap tune-in dalam menyaksikan tontonan program acara tv kesayangan Anda.
Selain itu, Toshiba juga telah meyertakan komponen TV tuner One-seg yang memiliki antena built-in. Tahan selama lima jam seperti yang telah disebutkan di atas tentunya juga mempertimbangkan penggunaan aksesoris yang dibundel.
Untuk mempermudah pengalihan modus energi yang digunakan, Toshiba juga menyertakan sebuah tombol “Shift Peak” pada remote control yang ada sehingga penggunananya dapat menentukan modus energi yang akan digunakan yaitu modus AC ke baterai atau sebaliknya.
Mengenai ketersediaan dan harga, sayangnya masih belum diketahui secara pasti untuk saat ini karena pemasarannya sendiri kini masih terpusat di Jepang saja

Monday, July 4, 2011

Perutusan Isra' dan Mikraj


Isra' dan Mikraj adalah mukjizat yang menghubungkan alam yang ghaib dengan alam yang nyata. Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah diperjalankan daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya naik bertemu dengan Allah s.w.t. untuk menerima kefardhuan sembahyang. Baginda diperjalankan untuk diperlihatkan kepadanya kekuasaan Allah yang menciptakan alam yang nyata ini dan juga alam yang ghaib. Ia adalah sebagai suatu hiburan untuk baginda yang berada dalam kesedihan kerana penolakan kaumnya terhadap dakwah baginda. Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, tekanan dan penyeksaan, perjalanan tersebut telah mengubati hati baginda apatah lagi bertemu dengan para Nabi dan Rasul yang  terdahulu yang memikul amanah menyampaikan agama Allah.

Sebagai pendokong agama Allah, saya menyeru agar peristiwa Isra' dan Mikraj ini dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar dalam melaksanakan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat. Rintangan dan tekanan yang dihadapi seharusnya mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa. Sehebat mana pun kekuatan lawan, kekuatan Allah mengatasi segala-galanya.

Sembahyang yang telah difardhukan oleh Allah dalam peristiwa ini seharusnya menjadi mikraj para pejuang agama untuk 'naik' bertemu dengan Yang Maha Kuasa memohon pertolongan daripadaNya. Hanya kepadaNya sahaja kita berharap dan memohon bantuan. Mendekatkan diri kepada Allah menjadi syarat utama untuk mencapai kemenangan.

Dengan semangat Isra' dan Mikraj ini juga, saya menyeru agar  rakyat tidak gentar untuk turun beramai-ramai bagi menjayakan himpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai nanti. Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang rakyat daripada  menjayakannya, ia tidak seharusnya melunturkan semangat kita untuk menegakkan keadilan di atas muka bumi ini. Ugutan, tangkapan, tuduhan dan lain-lain adalah lumrah dalam perjuangan yang turut dihadapi oleh Rasulullah s.a.w.

Jadikanlah peristiwa Isra' dan Mikraj ini sebagai sumber inspirasi kepada kita untuk meneruskan perjuangan dan mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah yang pastinya membantu hamba-hambaNya yang menolong agamaNya.

Perhimpunan BERSIH ini salah satu daripada cara yang dilakukan untuk mencapai cita-cita dan matlamat, tetapi itu bukan satu-satunya cara. Kemungkinan cara ini akan menghadapi kegagalan tetapi peristiwa Isra' Mikraj memaklumkan kepada kita bahawa apa jua halangan dan rintangan daripada manusia, kejayaan tetap dijanjikan oleh Allahs.w.t. Kemungkinan kalau kita tidak berjaya dalam bidang ini dengan Pakatan Rakyat iaitu dengan pertolongan manusia, maka Allah dalam Isra' Mikraj ini telah memutuskan walaupun tidak ada manusia yang akan menjaga dan memlihara Nabi dalam usahanya menyampaikan dakwah, tetapi yang sebenar, ia akan tetap dipelihara oleh Allah s.w.t Yakinlah !

Sekian Wassalam.

YB Dato' Tuan Guru Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.


Saturday, July 2, 2011

Unggun Bersih- A. Samad Said

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Friday, July 1, 2011

Kesian orang-orang muda

Pinjam along belanja kahwin
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Akibat bimbang keluarganya menanggung malu jika perkahwinannya ditunda, memaksa seorang kerani wanita yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini membuat pinjaman RM3,000 daripada along pada November tahun lalu.

Akibat tindakan melulunya itu, dia kini terpaksa menanggung bunga hutang mencecah RM40,000.

Mangsa mahu dikenali Siti, 29, kini mengandung tujuh bulan berkata, dia terpaksa membuat pinjaman daripada 23 along untuk melunaskan bayaran bunga pinjaman berkenaan.

“Saya terdesak meminjam selepas sebahagian daripada wang hantaran berjumlah RM10,000 digunakan untuk perbelanjaan peribadi.

“Kerana kekurangan wang, saya cuba mendapatkan pinjaman bank, namun permohonan ditolak dan pada masa sama saya semakin buntu kerana tarikh perkahwinan semakin hampir,” katanya yang ditemani suaminya ketika ditemui di pejabat Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini, semalam.

Sumber: HMetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...