Pages

Monday, September 3, 2012

Thursday, June 21, 2012

Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar

Umno meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.

Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.

Bagi PAS, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. PAS menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan Umno yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual di bawah pemerintahan Umno BN hari ini.

Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
 

Tuesday, June 12, 2012

Ceroboh di Khan Younis dan Deir Al-Balah

Apa khabar saudara kita di Palestin?
 
KHAN YOUNIS - Sebilangan jentera perang rejim zionis(IDF) telah melakukan pencerobohan secara terhad pda pagi Selasa, 12/06/2012 di Semenanjung Gaza. Pencerobohan ini bermula dari lokasi tentera zionis 'Kissufim' sehingga ke sebelah timur bandar Khan Younis dan Deir Al-Balah.
Kereta kebal zionis yang berada di garisan sempadan Semenanjung Gaza - tanah jajahan 1948
Penyampai berita SAFA melaporkan dari saksi berkata, 12 buah jentera perang yang terdiri dari kereta kebal dan jentolak menceroboh puluhan meter ke dalam tanah-tanah penduduk Palestin dan menjalankan operasi meratakan tanah serta mengesan.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, tentera rejim zionis menceroboh di Semenanjung Gaza dari arah timur dan utara. Zionis juga tidak membenarkan penduduk Palestin menghampiri garisan sempadan dari jarak 300 meter.

SAFA turut melaporkan dalam edisi berita semalam pada pagi Isnin, 11/06/2012, menara-menara kawalan dan jentera perang zionis menghujani tembakan mesingan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian Palestin di daerah Khuza'ah, sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan di kalangan penduduk.

Sumber: Map2Street

Monday, June 11, 2012

exam!!

Salam semua.....
Sudah agak lama tidak posting update di blog ini. Kunjungan jua berkurangan. Tidak sempat juga untuk blogwalking ke rumah2 blog anda.
Sebelum ini tiga hari pc meragam dan perlu setup windows baru. Cuak juga dengan pc ini bila dah tak boleh on. Dan maklumat semasa juga terputus sementara.
Sudah pula begitu, saya dalam minggu2 exam yang perlu menghadapinya dengan bersungguh. Debaran terasa untuk menghadapi ujian dunia belajar ini. Itu belum ujian di akhirat nanti :( . Doakan kejayaan saya.
Enjoy your life with ISLAM !!

Wednesday, June 6, 2012

Jumaat ini demo di Kedutaan Syria

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Syria di ibu negara Jumaat ini.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, himpunan itu bagi membantah kekejaman tentera regim Bashar Assad yang tidak henti-henti membunuh rakyat sendiri di negara itu.

Terbaru minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

"Kita akan berkumpul di masjid Tabung Haji dan akan berarak ke bangunan kedutaan sejurus selesai solat Jumaat," kata Riduan kepada Harakahdaily.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.

Presiden Syiria itu juga mengulangi ketegasannya akan menggunakan kekerasan ketenteraan dalam berdepan batahan rakyat di negara itu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh umat Islam dan individu prihatin bersama mereka Jumaat ini bagi mendesak kerajaan Syiria menghentikan segala kezaliman terhadap rakyatnya.


Sumber: Harakahdaily

Saturday, June 2, 2012

'Anak jagaan JKM tiada status warganegara'


Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz Abdullah mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.

Beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan  anak-anak bekas jagaan jabatan tersebut hanya mendapat status pemastautin sementara.

NONEKatanya, perkara itu juga terjadi kepadanya yang terpaksa "hidup merempat" selama enam tahun setelah keluar daripada salah sebuah pusat jagaan JKM di Durian Daun, Melaka, sehinggalah beliau mendapat taraf kewarganegaraan tahun lalu.

“Kami tidak ada keluarga. Lepas keluar dari rumah JKM, ke mana kami nak pergi? Dengan tak ada wang lagi. Jadi, JKM perlu bertanggungjawab ke atas budak-budak ini,” katanya dalam sidang media di Kota Damansara hari ini.

Beliau menempuh kesukaran apabila keluar daripada Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz kerana tidak memiliki kad pengenalan.

Malah, beliau sendiri pernah dimasukkan ke dalam penjara gara-gara kad pengenalan sementaranya tamat tempoh. 
Sumber: Malaysiakini



Thursday, May 31, 2012

Tentera Bebas Syria memberi tempoh 48 jam kepada Basyar

Tentera Bebas Syria memberi tempoh 48 jam kepada Basyar untuk menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh mereka di Syria.

Kolonel Tentera Bebas Syria, Qassim Saad Eddin menyatakan perkara tersebut dalam satu rakaman video semalam (30 Mei 2012) di wilayah Rastan.

Beliau juga menyebut, setelah peristiwa penyembelihan di Haulah, ini menunjukkan bahawa rejim Basyar langsung tidak mempedulikan pelan damai Annan.

Oleh yang demikian, mereka memberi tempoh 48 jam bermula semalam sehingga Jumaat, 1 Jun jam 12 tengahari kepada rejim Basyar agar menghentikan kezaliman yang dilakukan kepada rakyat Syria.

Jika rejim masih berdegil, mereka berkata bahawa rejim Basyar akan menimpa balasannya. Beliau juga menyebut, tindakan yang akan dilakukan oleh Tentera Bebas Syria selepas daripada ini janganlah dianggap menyalahi pelan damai tersebut kerana amaran ini telah diberikan.

Lihat Pautan ini : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Uq-2jNkBjLM

Sumber : Kesatuan Ulama' Dunia

(Nota : Teruskan berdoa kepada Tentera Bebas Syria, semoga Allah memelihara mereka dan memberi kejayaan kepada mereka. Isnya-Allah)


Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Syria dan saudara seIslam

Subhanallah, hati umat Islam mana yang tak pedih dan sakit hati melihat rumah Allah diperlakukan sebegini rupa.

Ini adalah gambar terbaru Masjid Saidina Khalid al-Walid رضي الله عنه di wilayah Homs, Syria yang rosak teruk akibat dibom oleh rejim Basyar.

Untuk pengetahuan semua, dalam aqidah Syiah, antara para sahabat nabi yang mereka anggap sebagai kafir adalah Saidina Khalid al-Walid.

Oleh kerana itulah sehinggakan masjid yang bernama sahabat nabi tersebut pun mereka bom bagi menyatakan kebencian mereka terhadap para sahabat nabi. Na'uzubillahi min zalik.

Kemurkaan Allah terhadap mereka yang jelas memusuhi Allah dan Rasul.

Wednesday, May 30, 2012

Gunung berapi Colombia meletus, 500 dipindahkan


2012/05/30

BOGOTA: Kira-kira 500 penduduk terpaksa dipindahkan dengan jadual penerbangan di empat lapangan terbang ditangguhkan selepas gunung berapi di Nevado del Ruiz memuntahkan lahar dan mengeluarkan api. 

Gunung berapi berkenaan dikesan semakin aktif mengeluarkan lahar sejak April dan awal bulan lalu, dan berisiko kepada penduduk yang tinggal di pinggir gunung berkenaan, demikian menurut Agensi Geologikal Colombia, hari ini.
Gunung berapi setinggi 5,321 meter itu mengeluarkan asap dan lahar sehingga ke kawasan padat penduduk di Bandar Manizales di bahagian barat dengan lapangan terbang di bandar itu terpaksa ditutup.
Lapangan terbang lain yang terjejas ialah Pereira, Armenia dan Cartago, yang terpaksa menangguhkan jadual penerbangan di sebelah petang, kata Carlos Silva, timbalan pengarah Agensi Penerbangan Awam Colombia, hari ini. 

Letusan terburuk Gunung Berapi Nevado del Ruiz ialah pada 1985 yang menyaksikan keseluruhan pekan kecil Armero ditenggelami lahar dan lumpur dengan 25,000 penduduk dilaporkan terkorban. - AP 

Sumber: BHarian

Monday, May 28, 2012

Cinta tak kenal usia


BATU PAHAT: “Kami menggunakan panggilan ‘abang’ dan ‘sayang’ dan kehadirannya dalam hidup saya membuka buku baru dalam hidup ini.

“Saya berdoa perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan menemaninya hingga hujung nyawa,” kata Salmah Saimon, 53, yang melangsungkan perkahwinan dengan warga emas, Mohd Hassim Ahsan, 76, semalam.

Pasangan yang menjalin hubungan cinta selama lima bulan sebelum dinikahkan, sebelum ini hanya melepaskan rindu melalui telefon bimbit berikutan Mohd Hassim berada di Beroleh di sini, manakala Salmah bekerja di Kuala Lumpur.

Cinta jarak jauh itu mendapat restu keluarga sebelum melangsungkan perkahwinan di Kampung Lubuk, Jalan Batu Putih di sini, semalam.

Mohd Hassim berkata, dia beruntung apabila disatukan dengan Salmah menerusi majlis pernikahan dan persandingan yang dihadiri lebih 1,000 ahli keluarga.

“Ini adalah ketentuan Allah dan siapa sangka pada usia begini, jodoh saya masih ada dan dikurniakan pasangan yang cukup memahami.

“Sepanjang tempoh perkenalan mulai awal tahun ini, kami hanya berhubung menerusi telefon dan mengenali hati budi,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan mereka, semalam.

Katanya, dia mempunyai enam anak dan 16 cucu, manakala Salmah, tiga anak dan tiga cucu.

Sumber: HMetro

Saturday, May 26, 2012

Kad pengenalan lama


gambar hiasan sahaja. tiada mengena dengan berita

KOTA BHARU – Ketika majoriti rakyat negara ini sudah lama menggunakan MyKad, seorang warga emas di Wakaf Stan di sini agak ketinggalan apabila masih menggunakan kad pengenalan lama bagi sebarang urusan.

Tidak seperti MyKad yang mempunyai cip, kad pengenalan lama itu yang memaparkan cap ibu jari tangan pemilik di kiri dan kanan kad yang sepatutnya ditukar dengan MyKad pada tahun 2001.

Belum menggantikannya dengan MyKad seperti yang diperuntukkan undang-undang, Mek Mastura Ismail, 61, mendakwa masalah kesihatannya serta kesempitan hidup menyebabkan dia gagal berbuat demikian.

Meskipun begitu, kad pengenalan warga emas itu yang berusia lebih 40 tahun masih berkeadaan baik.

“Bukan saya tidak mahu menukarnya tetapi masalah kesihatan menyebabkan saya tidak boleh menukarnya.

“Lagi pun hidup susah, duit tidak berapa ada untuk ke pejabat pendaftaran terdekat,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Stan di sini semalam.

Sumber: Kosmo

Irshad Manji: Dua NGO buat laporan polis

26/05/2012 7:43pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis hari ini untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur yang melancarkan buku ‘Allah, Kebebasan & Cinta” tulisan Irshad Manji yang disifatkan telah mencemar agama Islam negara ini.

Seramai 10 wakil NGO berkenaan iaitu dari Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (Desmma) membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 1 tengah hari tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pengedaran buku itu pada 19 Mei lalu merupakan tindakan yang tidak menghormati negara dan penduduk beragama Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah memutuskan bahawa tulisan Irshad Manji dalam buku ”Allah, Kebebasan & Cinta” bertentangan dengan ajaran Islam. – BERNAMA.

Sumber: KOSMO

Wednesday, May 23, 2012

Kenapa hati mati ?

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan banyak mengingati Allah (baca Al-Quran, berzikir, tafakur dsb).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah as-Sakandari dalam kalam hikmahnya:
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Anak Ustaz Hadi cekup peragut

MOHD AZLIM ZAINURY & RUBIAH OMAR
23 Mei 2012


MARANG - Tindakan berani Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang, Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, mengejar seorang peragut membuahkan hasil, apabila dia berjaya menangkap suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam, berlaku di sebuah kedai makan di tepi jalan utama Kuala Terengganu ke Kuantan itu, Muhammad Khalil dan isteri, Dr Farhana Hasbullah, 32, sedang menikmati makan malam bersama dua anak mereka, Omar, 3, dan Ali, 9 bulan.

Muhammad Khalil yang juga anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dia singgah di kedai itu selepas isterinya mengeluarkan sejumlah wang dari mesin auto teller (ATM), di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, dia melihat suspek yang membonceng sebuah motosikal masuk ke dalam kedai makan dan menuju ke arah tempat membasuh tangan sambil memesan lapan bungkus nasi.

“Secara tiba-tiba dia (suspek) menyambar beg tangan milik isteri di atas meja hingga menyebabkan isteri dan anak dalam ribaannya berusia 9 bulan jatuh dari kerusi selepas dia cuba menghalang suspek dari melarikan beg tangannya itu.

“Saya kemudian mengejar suspek dan berlaku sedikit pergelutan tetapi akhirnya berjaya menangkapnya. Pergelutan juga menyebabkan sebatang jari saya patah dan betis kanan tercedera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila, di sini, semalam.

Muhammad Khalil berkata, keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan seorang rakan suspek yang menunggu di luar kedai dengan motosikal panik dan melarikan diri, manakala suspek yang ditangkap itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Saya bersyukur kerana isteri dan anak selamat walaupun saya mengalami sedikit kecederaan akibat pergelutan dengan peragut. Saya kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 20 tahun dari Kampung Seberang Baroh Kiri berjaya ditahan manakala rakannya yang melarikan diri masih diburu.

Menurutnya, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat selesaikan beberapa kejadian ragut di sekitar bandar raya ini termasuk kes yang berlaku pada petang hari sama berdasarkan fizikal dan modus operandi yang digunakan.

 “Sebelum ini, seorang wanita Cina berusia 40 tahun kerugian hampir RM3,000 selepas beg galasnya dilarikan ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di Jalan Ladang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

 “Kita tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan kes itu dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan,” katanya

Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab:Selamat datang


اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

Pelajar perempuan 15 tahun berjudi


KUALA KUBU BARU — Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun adalah antara sembilan orang yang ditahan ketika polis membuat serbuan ke atas empat premis di Hulu Bernam di sini yang menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen.

Pegawai Turus Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor DSP Rohan Shah Ahmad berkata pelajar perempuan itu sedang mengambil pertaruhan judi loteri daripada pelanggan ketika serbuan itu yang dilakukan secara serentak.

Beliau berkata keempat-empat premis itu yang terletak bersebelahan antara satu sama lain berselindung di sebalik kedai gambar, kedai pancing, kedai telefon bimbit dan kedai kopi untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Selain remaja perempuan itu polis turut memberkas lapan yang lain yang berumur antara 20 dan 59 tahun yang merupakan pelanggan serta anggota sindiket perjudian.

"Kejayaan membongkar kegiatan itu adalah hasil risikan yang anggota kita jalankan selama seminggu dan sindiket perjudian itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.

Beliau berkata serbuan selama dua jam itu yang bermula dari pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam disertai oleh empat pegawai dan 16 anggota polis dari IPK Selangor dan IPD Hulu Selangor.

Rohan Shah berkata kesemua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka.

Sumber: Kosmo

Saturday, May 19, 2012

Ilmu ghaib lima saat


baca dulu...

KUALA LIPIS: Dia seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dan andainya dia berkata bahawa tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan, pasti ramai yang mengaitkan kenyataannya itu dengan ilmu serta kehandalan yang dimilikinya.

“Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan,” kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.

Bukan niat Ismail bermegah dan berbangga dengan ilmunya, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya rumah Ismail terletak di garisan sempadan Pahang-Kelantan dan dalam beberapa langkah saja, Ismail boleh berada di Kelantan dan pulang ke Pahang dalam sekelip mata.

“Saya tidur di Pahang dan memasak di Kelantan. Saya tidak perlu menaiki kenderaan ke Kelantan. Kadangkala, saya sendiri keliru sama ada saya orang Pahang atau Kelantan.

“Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu,” katanya.

Ismail yang juga bekas Ketua Kampung Mentara Baru berkata, keadaan itu sudah dialaminya sejak kecil lagi dan dia hanya mengetahui rumahnya terletak di sempadan Pahang-Kelantan apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) meletakkan batu sempadan pada tahun 1962.

Dia yang sudah kematian isteri sejak lebih lima tahun lalu menetap di rumah berkenaan bersama dua daripada lapan anaknya.
“Alamat saya menunjukkan saya menetap di Pahang, tetapi tidak sampai 5 saat, saya boleh berada di negeri Kelantan. Kalau orang lain, mereka memerlukan masa paling tidak 5 jam untuk ke Kelantan tetapi tidak bagi saya,” katanya sambil bergurau.

Itulah istimewanya kediaman Ismail dan dia tidak berhasrat mengubah lokasi rumahnya kerana selesa dengan keadaan itu walaupun pernah terfikir berpindah.

Sumber: HMetro

Pendekar kaki satu


PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.

Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.

Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.

“Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini.

Sumber: HMetro

Wednesday, May 16, 2012

Mukmin di waktu malam


" Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita". 
-TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

Tuesday, May 15, 2012

Bosnia: Salji luar biasa

SARAJEVO, Bosnia-Herzegovina - Penduduk Bosnia sekali lagi berdepan salji pada bulan ini walaupun musim sejuk sudah berakhir di negara berkenaan.

Suhu di Bosnia turun kepada lima darjah Celsius semalam dengan lalu lintas sesak ekoran orang ramai mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja.

Salji turut menyebabkan sekitar 50 buah kampung di kawasan pergunungan dekat ibu kota Bosnia, di sini terputus bekalan elektrik.

Cuaca luar biasa itu berlaku selepas seminggu suhu panas mencecah 27 darjah Celsius dicatat di sini pada Sabtu lepas.

Suhu sejuk itu diramalkan berterusan hingga pertengahan minggu ini apabila salji akan digantikan dengan hujan lebat. - Agensi

Suami isteri curi kabel di Sik dicekup

BUKIT KAYU HITAM — Polis menahan sepasang suami isteri, manakala dua lagi rakan mereka melarikan diri ketika melakukan serbuan semasa kesemua suspek sedang membakar penyalut kabel curi di kawasan kebun getah di kampung Danglau, Sik, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam serbuan kira-kira 3.30 petang itu, lelaki berusia 35 itu turut mengalami kecederaan di perut akibat terkena tembakan dilepaskan polis ketika kereta yang dipandu suspek cuba merempuh kenderaan polis yang menghalang laluan.

"Empat suspek cuba melarikan diri dengan dua buah kereta dan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu cuba merempuh MPV polis, manakala sebuah lagi kereta sempat melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki suspek adalah kereta curi, manakala sebuah lagi kereta kita sedang kesan pemiliknya,” kata Ahmad kepada pemberita selepas majlis Serah Menyerah Operasi Wawasan di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, di sini hari ini.

Ahmad berkata isteri suspek yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu manakala suspek kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ahmad berkata identiti dua suspek yang melarikan diri juga telah dikenal pasti dan polis sedang memburu mereka. — BERNAMA

Sumber: Kosmo

Monday, May 14, 2012

ISLAM Untuk Semua


Senario dunia sekarang amat berbeza apabila ramai orang bukan Islam yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka. Jika sekiranya perkara tersebut tidak dibolehkan, mengapa pula para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

Menjadi haram atau perlu dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam sendiri memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis. Tetapi jika mereka menggunakannya untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercayaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya.

Sebarang usaha untuk menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam. Kerana itu, Umno tidak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini.

Sumber: Blog Ustaz Tuan Ibrahim

Mati hidup semula


KAHERAH: Keadaan sedih di upacara pengebumian bertukar gembira apabila ‘mayat’ yang hendak dikebumikan tiba-tiba bangun.

Hamdi Hafez al-Nubi, 28, pelayan restoran dari Naga al-Simmanm, diisytiharkan mati selepas mengalami serangan jantung di tempat kerja. 
Ketika persediaan untuk mengebumikannya dilakukan, doktor yang dihantar untuk menandatangani surat kematiannya mendapati tubuhnya masih hangat. 

Keluarga Hamdi yakin dia sudah mati, malah sudah pun memandikan ‘mayatnya’ dan bersedia untuk dikebumikan.

Apabila mendapati tubuh Hamdi masih hangat, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati dia masih bernafas. 
Keluarga Hamdi tidak membatalkan upacara pengebumian tetapi sebaliknya mengadakan kenduri meraikan ‘kebangkitannya’ semula. - AP”

Sumber: Hmetro

Saturday, May 12, 2012

'Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13'


Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.

"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.

"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.

Namun, sekarang BN mula sedar sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat 'terlebih' dalam penekanannya terhadap penggunaan media baru oleh bakal calon BN dalam PRU akan datang, katanya.

"Akhir-akhir ini PM go overboard (berlebih-lebihan) sehingga mengatakan calon-calon boleh menang BN perlulah ada Twitter," katanya.

Keghairahan Najib dalam mendekati warga Internet terus tergambar apabila pagi tadi beliau bersarapan bersama pengikut laman blog mikro Twitter beliau yang ke-500,000 di Bangsar.
Beliau sebelum ini turut menyampaikan rasa terharunya apabila bilangan 'like' di laman Facebook beliau melepasi 1 juta orang.

Kadir juga menyifatkan penggunaan media baru sebagai 'membawa tuah dan sial kepada kedua-dua pihak'.
Beliau berpendapat ahli politik perlu berhati-hati dengan isu-isu sensasi yang akan mewarnai wadah komunikasi baru itu.

"Isu-isu sensasi akan membebani kedua-dua pihak. Isu-isu sensasi akan dimainkan habis-habisan, ada orang berkata kempen PRU akan datang antara yang paling kotor.

"Saya rasa mereka buat ramalan yang tepat.
"Melalui media baru, kemungkinan disaman lebih kecil (berbanding) kalau menggunakan media arus perdana," katanya.

Sumber: Malaysiakini

Friday, May 11, 2012

Hargailah mereka

Tinggal berjauhan dari keluarga mengenangkan aku kepada emak dan ayah aku yang susah payah membesarkan aku sedari kecil. Memang kadangkala timbul juga tidak puas hati dengan pukulan dan herdikan seorang bapa menegur kesalahan-kesalahan aku. Tapi itulah yang  mendidik aku dewasa kini. Dan kini baru aku tahu...


Thursday, May 10, 2012

Cegah kemungkaran ini !!


Kami difahamkan Irshad Manji , seorang ikon 'Islam' liberal dan lesbian juga merupakan pejuang hak homoseksualiti (LGBT) akan bertemu peminat beliau di Borders Bookstore Petaling Jaya pada 12 Mei ini.

Kami berharap pihak Kerajaan dan pihak berkuasa agama menyiasat segera perkara ini dan jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam. Ideologi ini dibawa oleh beliau atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan semua, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah untuk sebaran di Malaysia.


Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yang dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata-rata laman sosial untuk diraikan. 

Irshad Manji telah diangkat sebagai tokoh agama beridentiti lesbian:http://www.huffingtonpost.com/2011/10/20/lgbt-religious-leaders-most-inspiring_n_1022043.html#s399318&title=Irshad_Manji

Irshad Manji menentang amalan agama di sekolah dan pengasingan lelaki-wanita waktu solat berjemaah:http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_gaystraight_alliances-10838.aspx

Kata Irshad Manji, "A speech that I gave several years ago about why I believe God and gays are compatible. In this speech, I take an ecumenical perspective, not just an Islamic one." : https://www.irshadmanji.com/support

Irshad Manji & tafsir Quran reformis beliau:https://www.irshadmanji.com/reformist-quran

Beberapa hari lepas berlaku rusuhan dan protes di Indonesia berikutan kehadiran beliau untuk tujuan yang sama. Program beliau dibatalkan serta merta termasuklah yg dirancang utk diadakan di universiti:

http://www.youtube.com/watch?v=iQAlWOWfUoA
http://www.youtube.com/watch?v=W6z6CfNtVZk&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=6y9mwaaOgZE&feature=relmfu
http://www.tempo.co/read/news/2012/05/08/214402313/Polisi-Dua-Hotel-Menolak-Irshad-Manji
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150787346274578&set=a.149753894577.111183.7903274577&type=1&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150821025664578&set=a.149753894577.111183.7903274577&type=1&theater

Sebelum itu, di Belgium Irshad Manji turut dikecam:

http://www.youtube.com/watch?v=NJS6IypEVR8&feature=related
https://www.irshadmanji.com/Muslim-extremists-order-Irshads-execution


Irshad Manji pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah SAW. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkata tentang Moral Courage di Malaysia).


Kami berharap pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan tegas menghalang anasir subversif sosial serta ideologi berbahaya ini daripada merebak di Malaysia. kehadiran beliau bukanlah untuk sesi debat atau wacana kritis. Beliau dipercayai sekadar hadir untuk menyampaikan amanat 'Islam' reformis songsang.


Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka. Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber: Harakahdaily

Wednesday, May 9, 2012

12 Barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, Baginda SAW menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

WASSALAM. 25 Mei 2001

Monday, May 7, 2012

Bulan besar

NEW YORK - Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi
Sumber: Kosmo

Sunday, May 6, 2012

500 rumah di Terengganu rosak


MARANG - Lebih 500 buah rumah di tiga buah daerah di negeri ini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat kira-kira pukul 3 petang kelmarin.

Tiga buah daerah terlibat ialah Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Dalam kejadian itu, kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar berkata, beliau difahamkan tidak terdapat mangsa tercedera dalam kejadian ribut itu.

"Kita sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang kerosakan rumah daripada pihak berkenaan di kampung-kampung yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat rumah mangsa kejadian di Kampung Undang di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, Zaidi Muda memberitahu, sebanyak 208 buah rumah di Bukit Payung terjejas akibat kejadian ribut tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber: Kosmo

Jangan sangka diri sudah baik


Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya: 

"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." 
"Orang yang solat belum tentu baik." 
"Orang berpuasa belum tentu sembahyang." 
"Wanita yang tutup aurat belum tentu baik." 

 Jawapannya adalah: 

Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t? 
Orang yang baik tentu akan solat. 
Orang yang solat sudah tentu berpuasa. 
Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.

Saturday, May 5, 2012

Nyorok bawah reban ayam ??


PETALING JAYA: Cubaan buruh warga asing melarikan diri daripada pihak berkuasa dengan menyorok di bawah rumah kongsi dan dalam lubang di bawah reban ayam gagal apabila tiga daripada mereka berjaya dikesan dalam serbuan di tapak penempatan pekerja buruh warga asing di Damansara Perdana di sini Jumaat malam.
Mereka adalah antara 92 warga asing yang ditahan, antaranya kerana tidak memiliki dokumen bekerja, dalam operasi membabitkan 62 anggota dan pegawai Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuala Lumpur, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira 11.30 malam.
Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata seramai 261 warga asing diperiksa dalam serbuan yang dilakukan terhadap 50 buah bilik di lima blok kontena dua tingkat dan empat buah rumah kongsi kayu.
Hasil pemeriksaan, 92 warga asing masing-masing 34 lelaki dan 13 wanita warganegara Indonesia, 40 warganegara Bangladesh dan lima warganegara Myanmar ditahan atas beberapa kesalahan.
Selain tidak memiliki dokumen, mereka turut ditahan kerana cuba melarikan diri, tidak pulang selepas diputihkan serta langsung tidak diputihkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), katanya kepada pemberita selepas operasi.
Kesemua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Jabatan Imigresen di Jalan Duta untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya.
Sumber: MStar

Friday, May 4, 2012

Maaf... 3 hari putus line


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua....

Kemaafan kepada semua pengunjung di laman yang tak seberapa ni kerana sudah beberapa hari tidak update. 
Baru2 ni line internet terputus. Banyak juga maklumat yang ketinggalan. Apatah lagi blog ini tidak boleh diisi dan beroperasi, hurmmm. Bila bermasalah begini, dia minta duit rupanya. Bila sudah diberi barulah ia berfungsi dengan baik InsyaAllah.
Alhamdulillah sekarang sudah baik2 aje.

Bob Kuman meninggal, disemadi di Rantau

PETALING JAYA, 3 Mei: Jenazah pelakon Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah dibawa ke Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan untuk disemadikan setelah disolatkan di Masjid Kota Damansara, jam 9.30 malam ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi mengimamkan solat tersebut kira-kira jam 9.20 malam yang disertai lebih 200 jemaah. Jenazah dibawa dengan van jenazah Masjid Kota Damansara yang bertolak jam 9.50 malam.

Bob Kuman disahkan meninggal dunia di rumahnya di Apartmen Salvia, Seksyen 11 Kota Damansara, jam 4.38 petang ini.

Menurut jirannya, Razali, buat masa ini (sehingga jam 6.00 petang) jenazah allahyarham masih berada di rumah dan belum diputuskan tempat untuk dikebumikan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau memberitahu keluarga terdekat allahyarham akan membuat keputusan itu apabila tiba di rumah nanti.

Jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara pada jam 6.30 petang ini untuk dimandikan.

Sementara itu, waris terdekat Bob memberitahu jenazah akan disolatkan selepas Isyak dan kemudiannya akan dibawa untuk dikebumikan di kampung allahyarham di Rantau, Negeri Sembilan.

Pada 17 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

Sumber: Harakahdaily

Monday, April 30, 2012

Motocross :Tunggang motor umur empat tahun

SEWAKTU kecil, aksi lasaknya dengan motosikal membuatkan ahli keluarga terutama ibunya sentiasa dihantui kebimbangan. Bagaimanapun kata Eigo Sato, keghairahannya menunggang motosikal seperti tidak mampu dikawal lagi.
Ujar lelaki itu, memang agak pelik apabila mendengar seorang kanak-kanak berusia seawal umur empat tahun sudah ghairah menunggang motosikal.
"Tapi itulah saya," katanya sambil tertawa kecil.
Namun kata Sato, apa juga persepsi yang dilemparkan kepadanya, dia tidak kisah.
Ceritanya ketika ditemui dalam satu pertemuan baru-baru ini, pada peringkat awal berkecimpung dalam arena sukan ekstrem itu, tanah lapang di sekitar Fukushima menjadi tempat dia akan mengekspresikan keghairahannya.
"Apabila sudah minat, kita sanggup melakukan apa sahaja," katanya sambil menyifatkan dirinya seorang yang suka dengan cabaran dan berani melakukan sesuatu di luar norma kebiasaan.
Kata Sato, sukan motor lasak sering dikaitkan dengan kecederaan. Bapa kepada dua anak itu secara berseloroh berkata, dia sudah lali dengan kecederaan.
Ada kebenaran di sebalik kata-katanya. Ketika wawancara sedang rancak berlangsung, dia acapkali memegang pinggangnya dan sekali-sekala membetulkan posisi duduknya.
"Pinggang saya tercedera ketika berlatih sebelum pertandingan Red Bull X-Fighters FMX berlangsung baru-baru ini. Saya sudah pergi urut tapi kesannya masih terasa," ungkapnya perlahan.
Sememangnya Sato seorang yang senang untuk didekati dan peramah. Ahli sukan antarabangsa itu juga tidak lokek menceritakan tentang susur galur dan kerjayanya.
Kata anak kelahiran Fukushima, Jepun itu lagi, kemuncak kepada minatnya dalam sukan motor lasak atau motocross itu bermula tatkala dia menonton sebuah video yang memaparkan aksi seorang penunggang motosikal profesional beraksi pada satu kejohanan.
"Pada waktu itu, aksi lasak berkenaan masih belum ada nama khusus. Tapi selepas ia mula mendapat perhatian, baharulah ia dikenali sebagai International Freestyler Motocross (FMX).
"Sejak itu, kesukaan saya kepada sukan ini semakin meluap-luap dan tak mampu dihalang oleh sesiapa lagi," katanya yang terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk mempelajari dan mengadakan latihan di salah sebuah pusat sukan motor lasak di negara itu.
Selanjutnya di Kosmo  (klik link 'Kosmo')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...