Presiden
 Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhammad Khairul 
Hafiz Abdullah mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada 
pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat 
status warganegara.
Beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan anak-anak bekas jagaan jabatan tersebut hanya mendapat status pemastautin sementara.
Katanya,
 perkara itu juga terjadi kepadanya yang terpaksa "hidup merempat" 
selama enam tahun setelah keluar daripada salah sebuah pusat jagaan JKM 
di Durian Daun, Melaka, sehinggalah beliau mendapat taraf 
kewarganegaraan tahun lalu.
“Kami tidak ada keluarga. Lepas keluar dari rumah JKM, ke mana kami nak pergi? Dengan tak ada wang lagi. Jadi, JKM perlu bertanggungjawab ke atas budak-budak ini,” katanya dalam sidang media di Kota Damansara hari ini.
Beliau menempuh kesukaran apabila keluar daripada Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz kerana tidak memiliki kad pengenalan.
Malah, beliau sendiri pernah dimasukkan ke dalam penjara gara-gara kad pengenalan sementaranya tamat tempoh.
Beliau menyalahkan JKM yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan anak-anak bekas jagaan jabatan tersebut hanya mendapat status pemastautin sementara.
Katanya,
 perkara itu juga terjadi kepadanya yang terpaksa "hidup merempat" 
selama enam tahun setelah keluar daripada salah sebuah pusat jagaan JKM 
di Durian Daun, Melaka, sehinggalah beliau mendapat taraf 
kewarganegaraan tahun lalu.“Kami tidak ada keluarga. Lepas keluar dari rumah JKM, ke mana kami nak pergi? Dengan tak ada wang lagi. Jadi, JKM perlu bertanggungjawab ke atas budak-budak ini,” katanya dalam sidang media di Kota Damansara hari ini.
Beliau menempuh kesukaran apabila keluar daripada Rumah Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz kerana tidak memiliki kad pengenalan.
Malah, beliau sendiri pernah dimasukkan ke dalam penjara gara-gara kad pengenalan sementaranya tamat tempoh.
Sumber: Malaysiakini 
No comments:
Post a Comment