Apa khabar saudara kita di Palestin?
KHAN YOUNIS - Sebilangan
 jentera perang rejim zionis(IDF) telah melakukan pencerobohan secara 
terhad pda pagi Selasa, 12/06/2012 di Semenanjung Gaza. Pencerobohan ini
 bermula dari lokasi tentera zionis 'Kissufim' sehingga ke sebelah timur
 bandar Khan Younis dan Deir Al-Balah.
![]()  | 
| Kereta kebal zionis yang berada di garisan sempadan Semenanjung Gaza - tanah jajahan 1948 | 
Penyampai berita SAFA
 melaporkan dari saksi berkata, 12 buah jentera perang yang terdiri dari
 kereta kebal dan jentolak menceroboh puluhan meter ke dalam tanah-tanah
 penduduk Palestin dan menjalankan operasi meratakan tanah serta 
mengesan.
Boleh dikatakan hampir 
setiap hari, tentera rejim zionis menceroboh di Semenanjung Gaza dari 
arah timur dan utara. Zionis juga tidak membenarkan penduduk Palestin 
menghampiri garisan sempadan dari jarak 300 meter.
SAFA turut 
melaporkan dalam edisi berita semalam pada pagi Isnin, 11/06/2012, 
menara-menara kawalan dan jentera perang zionis menghujani tembakan 
mesingan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian Palestin di daerah 
Khuza'ah, sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Sumber: Map2Street

No comments:
Post a Comment