Pages

Friday, September 2, 2011

James Bond kembali ke India selepas hampir 30 tahun


MUMBAI: Ejen perisik paling popular di dunia, James Bond, kini dalam persediaan kembali ke India untuk kali pertama dalam tempoh hampir 30 tahun.
Kemunculan Bond berlaku sekali lagi selepas kerajaan membenarkan penggambaran filem terbaru perisik 007 itu dibuat di negara berkenaan.

Kali terakhir Bond berada di India ialah pada 1983 ketika penggambaran filem Octopussy dengan watak utamanya dipegang Roger Moore.

Ketika itu, penggambaran dijalankan di Uttar Pradesh dan Rajasthan.

Pegawai Kementerian Penerangan dan Penyiaran India berkata, kebenaran itu dikeluarkan kerajaan kepada penerbit Bond pada 25 Ogos lalu.


Kementerian Kereta Api India turut mengesahkan menerima permohonan untuk penggambaran filem Bond di Mumbai, Ahmedabad dan Goa.

Tanpa sebarang judul rasmi, setakat ini filem itu dinamakan sebagai Bond 23.

Penggambaran filem aksi itu dijadual bermula pada Februari dan Mac tahun depan. - AFP


Sumber: Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...