Pages

Saturday, May 5, 2012

Nyorok bawah reban ayam ??


PETALING JAYA: Cubaan buruh warga asing melarikan diri daripada pihak berkuasa dengan menyorok di bawah rumah kongsi dan dalam lubang di bawah reban ayam gagal apabila tiga daripada mereka berjaya dikesan dalam serbuan di tapak penempatan pekerja buruh warga asing di Damansara Perdana di sini Jumaat malam.
Mereka adalah antara 92 warga asing yang ditahan, antaranya kerana tidak memiliki dokumen bekerja, dalam operasi membabitkan 62 anggota dan pegawai Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuala Lumpur, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira 11.30 malam.
Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata seramai 261 warga asing diperiksa dalam serbuan yang dilakukan terhadap 50 buah bilik di lima blok kontena dua tingkat dan empat buah rumah kongsi kayu.
Hasil pemeriksaan, 92 warga asing masing-masing 34 lelaki dan 13 wanita warganegara Indonesia, 40 warganegara Bangladesh dan lima warganegara Myanmar ditahan atas beberapa kesalahan.
Selain tidak memiliki dokumen, mereka turut ditahan kerana cuba melarikan diri, tidak pulang selepas diputihkan serta langsung tidak diputihkan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), katanya kepada pemberita selepas operasi.
Kesemua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Jabatan Imigresen di Jalan Duta untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya.
Sumber: MStar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...