Pages

Thursday, April 19, 2012

Reading 'naik pangkat'


LONDON - Reading akan beraksi semula dalam saingan Liga Perdana England musim depan.
Kelab Liga Kejuaraan itu mengesahkan slot secara automatik selepas menang 1-0 ke atas Nottingham Forest di gelanggang sendiri kelmarin.
Skuad The Royals kembali ke saingan liga berprestij di England itu buat pertama kalinya sejak tahun 2008.
Mikele Leigertwood muncul wira selepas menyumbat masuk gol kemenangan hasil satu sepakan percuma yang diambil Ian Harte di Stadium Madejski.
Forest hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan tetapi tandukan pemain gantian, Marcus Tudgay gagal menewaskan penjaga gol Reading, Adam Federici.
Untuk rekod, Reading berjaya mengumpul 85 mata daripada 44 perlawanan musim ini, tiga mata di depan pencabar terdekat Southampton manakala West Ham United di tempat ketiga (80 mata).
"Sukar untuk dipercayai, ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan.
"Melihat para penyokong memenuhi padang bagi meraikan kejayaan ini adalah sesuatu yang menakjubkan.
"Kami sentiasa yakin dan kami tahu apa yang akan kami capai sebagai sebuah pasukan," kata Federici.
Sementara itu, pengurus Reading, Brian McDermott yang mengalami kekecewaan selepas pasukan itu tewas kepada Swansea City pada aksi playoff tahun lalu berkata: "Saya berasa bangga.
"Saya tidak dapat menerima kenyataan apabila kami tewas pada final playoff di Stadium Wembley tahun lalu tetapi kemenangan ini kembali menebus kekecewaan saya.
"Saya tidak memikirkan mengenai Liga Perdana England malam ini (kelmarin). Saya hanya bimbang mengenai para pemain dan kru pasukan. Ia adalah malam yang cukup bermakna buat para penyokong." - AFP
Sumber: Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...