Pages

Saturday, April 14, 2012

Banjir di Kampar


KAMPAR - Keadaan banjir di Kampar hampir pulih hari ini apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan pagi ini berkurangan kepada 364 orang berbanding 1,225 orang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata seramai 329 orang daripada 104 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar manakala 35 orang dari sembilan keluarga di dewan Orang Ramai Pulau Bergading.

Kebanyakan mangsa banjir mula pulang ke rumah masing-masing sejak petang semalam hingga tengah malam tadi berikutan air di beberapa kampung terlibat telah surut, katanya kepada pemberita hari ini.

Antara kampung terlibat banjir ialah Kampung Melayu, Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Jeram, Kampung Mesah, Kuala Dipang, Changkat Jering dan Kampung Batu 20.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri kampung-kampung itu sehingga ke bumbung rumah.

Lebih 100 petugas terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat terlibat membantu kesemua mangsa banjir itu.- Bernama

Sumber: Sinarharian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...