Pages

Tuesday, May 10, 2011

Belum sedia bertudung

SEKALIPUN berusia 39 tahun, Rozita Che Wan tetap cantik dan kelihatan muda. Justeru, tidak hairanlah apabila ibu tunggal kepada dua anak ini sering dikaitkan dengan gosip percintaan. Bukan saja dengan golongan kenamaan tetapi rakan seangkatan.

Terbaru dan masih hangat, pastinya gosip membabitkan Rozita dan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 23, yang kini tersebar luas. Hinggakan, ahli Kelab Peminat Shahir turut memberi maklum balas kurang senang pada gosip itu. Malah, ada antara peminat fanatik Shahir sanggup menghubungi Harian Metro meluahkan perasaan bengang dan geram kepada Rozita. Bagi mereka, Rozita tidak wajar cuba mendekati Shahir yang jauh lebih muda daripadanya. Bahkan, Rozita diminta tidak menumpang populariti Shahir.

Bertemu Rozita di majlis pelancaran perniagaan pakaian miliknya, My Couture Sdn Bhd di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini, ternyata pelakon jelita itu cukup profesional.
Dia tidak sesekali mengelak dan bersikap terbuka memberi penjelasan.

“Tidak dinafikan, memang banyak gosip saya dan Shahir dipaparkan media, sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, kami sekadar rakan sesama artis.

“Tidak salah, kami berkawan dan ia juga tak perlu dipandang serong sesiapa serta kurang disenangi.

“Lima tahun bergelar anak seni, saya sudah lali dengan pelbagai gosip. Terutama, gosip membabitkan kisah percintaan. Saya masih ingat, gosip pertama saya sebagai artis apabila dikaitkan bercinta dengan lelaki yang saya tak pernah kenal.

(macam-macam dunia mereka...)
sambungan di... - fuhmedia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...